Thursday, 19 October 2017

2:09AM


Assalamualaikum. Yo wazzzzzzzzuuuuuuuuuuuuup.

Cuma nak mengemaskini account blogger sebab line laju namatey weh.
Sepatutnya waktu macam ni aku dah tidur sebab esok kelas kan. Tapi entah kenapa rasa nak post new blog dulu sebelum tidur ni.

By the way , aku ada beli pencuci muka baru.
Aku memang suka beli pencuci muka dan skincare. Kira macam tukar banyak kali lah.
Sebab tu muka aku dah breakout sekarang. Banyak tak sesuai AHAHAHAHAHAHAH PADAN MUKA KAU DOH DULU MUKA OKAY KAU GATAL NAK CUBA SERUM LOCAL KAN EWAH RASAIN LO

Tengahari tadi aku baru je dapat barang hantaran aku dari pos laju iaitu Physiogel Calm Relief Gentle Cream Cleanser. Apa yang menarik pasal pencuci tu ialah tak perlu bazirkan air untuk cuci muka. Ala-ala makeup remover gitu lah tapi memang sesuai untuk orang pemalas lah kot. Just guna cotton sahaja untuk lap cream dari muka.

Menurut pada Google dan pengguna Physiogel dari beauty blogger , Physiogel Calm Relief Gentle Cream Cleanser ni sesuai untuk jenis muka yang terlalu kering , kemerahan pada muka , sensitif tahap dewa sampai kulit nak barang mahal je dan kulit merekah. Harga di drugstore lebih kurang RM40+ ya tapi aku beli dengan harga RM37.50 dengan free shipping di applikasi web Shopee. Packaging pencuci tu boleh cari di Google ye sebab aku tak nak buat iklan free dekat blog aku ni walaupun memang tak ada orang pun yang baca blog ni AHAHAHAH. 

Packaging di tinggi berwarna merah dan putih dalam berbentuk pam. 

Tekstur dia berkrim dan tak melekit. Juga berbau seperti ubat gigi jika ditepek di muka. Memang tak berbau sangat lah tak kuat mana pun. Memandangkan aku baru je cuba pencuci muka ni so aku tak boleh nak review apa-apa lagi. Sekadar memberi first impression mengenai pencuci muka tersebut sahaja.

Aku sebenarnya nak beli Face Cream dia tapi untuk pengetahuan korang yang membaca blog ni lah kan , harga dia lagi mahal daripada Cetaphil dan lagi mahal daripada pencuci muka ni. Harga memang syaitonirrojim lah kiranya. Bau 50ml dah nak cecah RM60+ / RM70+ kau rasa? Lagi senang nak explain saiz dia lebih kurang besar cream kaki Aiken. 

Mashaallah kecilnya.

Duit elaun seehari pun kejap je habis.

Sebab tu lah aku suka buat-buat lupa bila dapat elaun.

Namun apakan daya , aku tetap teringat pasal elaun.

Semoga orang yang membaca entri aku ni dapat sedekahkan duit juga sedekahkan doa untuk aku agar aku dapat bekerjaya tinggi juga gaji yang sangat lumayan.

Amin.

Adios.

No comments:

Post a Comment