Saturday 21 October 2017

Miso



Assalamualaikum yooooooooooooooo wazzuuuuuuuup

Tajuk untuk hari ni  ;  Miso

Aku baru je balik dari Penang so rasa nak post pula kan ha gitew.
Aku ke Penang sebenarnya nak ke klinik kulit bermula dari huruf R dan berakhir dengan huruf N . Bagus klinik tu even aku cuma pergi consult je yang di caj RM50 .

Mahal sia.
Ya Allah.

Al kisah nak cerita ni sebab rasa macam menarik pula. Aku pergi Penang dengan feri. Aku tinggal motor aku di KTM then terus ke Feri untuk ke Penang. Lancar je hari ni sebab biasanya aku kena tunggu feri tiba tetapi time aku nak ke sana terus feri dah sampai.

Alhamdulillah jimat masa.
AHAHAHAHAHHAHAH

Semasa sudah tiba di Pengkalan Weld iaitu Terminal Feri , aku ada booking Uber . 
Uncle tu banyak songeh betul.
Even aku booking dulu time aku nak turun feri tu kan dia macam cari gaduh doh dengan aku kata aku lambat padahal aku order tu time aku dah nak sampai ke stesen bas rapid tu.

Jadahnya kan.

Time tu aku nak ke klinik tu lah.

Mula-mula agak awkward lah sebab dia hingaq namatey kata lama padahal tak sampai 2 minit kot sebab dah nak sampai ke stesen bas kan. Gila tak bengang dengan uncle tu. 

Then lama kelamaan baru lah bersembang. Memang uncle tu ikut ego dia je sebab ni ni dah bersara rupanya AHAHHAHHA dia hampir langgar kereta orang kot weh.

Aku dengan malas nak cari pasal pun sembang je lah dengan uncle tu. 

Biasa lah. Kalau ego bertemu dengan ego sampai bila-bila tak boleh aman. Baik salah seorang mengaku kalah je lah kan baru aman. Kang kena viral gaduh perkauman kang.


Selepas aku habis sesi consulting tu aku naik Uber lagi. Rating dia ni 4.6 aku pun musykil. Okay je aku tengok. Siapa lah yang rating macam tu . Tak baik.

Cakap pasal consulting ni dia punya harga mahal namatey. Tunggu kerja dulu baru dapat buat treatment lah kot. Dia ada cadangkan aku samada buat Chemical Peeling tapi 4 atau 5 kali atau makan ubat atau ada pakej untuk kedua-dua tersebut. Dia cadangkan macam tu sebab jerawat aku ni dia tak keluar pun just kat dalam je degil.

Chemical Peeling RM380 for 1 sesi.
iclinic Cleanser RM220 + Cera V Lotion RM68 + Eucerin Sunscreen RM126 = RM416
Ubat antikulat + Antibiotic = RM255 for 1 month

Nampak sangat takde rezeki lagi nak buat treatment. Bak kata Aleme ; masih dalam puberty lagi.

Driver Uber ke-2 tu hantar aku ke Gurney Plaza.
Kenapa?
Sebab aku nak beli Miso je.
AHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHA

Nasib baik aku tak terjah 1 Gurney Plaza so aku just ke sana untuk makan dulu.
Selepas aku makan aku rasa nak membuang toksik tapi aku tak sanggup nak ke toilet sana sebab ramai orang. 

Berbau tau tak?

So aku pun jalan kaki ke Gurney Paragon semata-mata nak ke tandas. Apak heaven sebab tak seramai Gurney Plaza. 

Ada lelaki melayu macam dok gossip pasal aku sebab diorang pandang aku semacam.



Ingat pakaian selekeh tak mampu beli barang dekat Gurney Plaza ke? 



AHAHAHAHAHHAHAHAHHAHA

Aku balik kira-kira dalam pukul 6.30 petang then booking Uber lagi. Yang sorang ni cakap melayu tunggang-langgang tapi peramah. Nampak muda kira-kira 20 an gitu kot sebab aku senyap je so dia sembang lah. Dia ni boleh tahan kelakar lah selain daripada cara cakap tu. Ada satu simpang tu dia cover muka dia nak tahan marah sebab kereta depan tu halang dia nak ke hadapan. Dah lah lembab. lol.



Okay dah tu je nak cerita.

Sakit belakang.

Bye.